KDB Talk “Jom Sihat Pusat Internet Lundu”

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi “Klik dengan Bijak” Talk sempena “Jom Sihat Pusat Internet Lundu” berlangsung pada 19 Januari 2019 yang dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Kpg Pandan sendiri iaitu Cik Anirul Sufiszah. Antara topik yang disampaikan adalah sindiket penipuan internet. Contohnya “love scam”. Jenayah seumpama ini kian merebak dengan parahnya dengan wujudnya teknik yang terdiri daripada pelbagai cara. Sehinggakan sesetengah individu langsung tidak menyedari bahawa ianya merupakan suatu penipuan. Pelbagai acara dianjur oleh pihak Pusat Internet Lundu, antaranya Zumba dari RP Fitness Team, pertandingan Kahoot “Jom Sihat”, pertandingan poster “Jom Sihat” serta sebagainya.

Sesi KDB Talk tersebut dihadiri 22 orang belia Lundu yang bertandang ke Pusat Internet Lundu untuk sama-sama memeriahkan lagi sesi taklimat tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali